Friday, December 18, 2009

Santai di Bilik Kak Pah

Pada hari ni saya pegi ke hostel kakpah di Damai, dekat je dengan stesen bas pekeliling. bestnye bilik dia, ada air cond lagi. kalu la kat Laman Midah ni ada air cond. aduis. kes berat. diberi peha, nak betis pulak. Jadilah orang yang bersyukur, baru terasa nikmat hidup.. ni tidak, merungut je keje.. apa yang best dalam hidup kalau suma pun tak kena?

Ok, then apa yang best kat sini, ada pasar larut malam. Tapi..... bukan pasar tu yang best.. tak best langsung sebab kedai tak banyak. Ada 5-6 buah je kot. Ada gerai yang menawarkan khidmat urut tradisional, ada kedai jual tudung, cadar, baju dan...... Most interesting is................ Kedai Barangan Mainan yang mencabar otak.

Sangat best tempat tu. banyak sangat mainan yang mencabar minda. Pak cik yang jual mainan tu akan bagi kita main secara free.. memang seronak sangat main. Tapi, yang tak sonok bila tak dapat menyelesaikan apa yang permainan tu nak. Rasa macam nak beli jek suma mainan2 kat situ... biar pandai sket sebab hari2 dok asah otak. Strategi pemasaran pakcik tu memang betul2 berjaya lah.. pandai dia tarik customer. Bagi orang main free, kalu orang yang mempunyai sifat tak ngaku kalah and terlalu nak berjaya, Insyaallah orang tu akan beli. Saya pun teringin gak nak beli.. nasib duit tak cukup jek.. Tak ada la mahal sangat harga dia, tapi tengah kesempitan sebab biasiswa belom masuk lagi nih .uhuk.

Ok,habis jek main, kitowang pun balik. dalam perjalan balik tu sempat la merancang apa benda nak buat esoknya.. ade ke patut kakpah ajak nak g joging kat tasik titiwangsa.Sungguh patik tak berkenan. Patik tak mau menghilangkan lemak2 yang patik kumpulkan.. penat tau nak tambah berat.. bukan senang. . I will never do exercise except if my weight reached 45 Kg Ok!ehehe.. jangan sape2 ajak saya pegi joging tau. tapi kalu ajak teman joging takpe.. saya jalan kaki pastu orang tu joging la sowang2 ek..

Ok, alkisahnya esok tu kami pun keluar la pergi ke Titiwangsa.. jauh gak nak g sana. terpaksa lalu ikut Grand season Hotel, kemudian hospital KL, redah padang sambil tengok burung, naik jejantas, pastu. teng teng teng..... hujan pun turun membasahi bumi. Maka, kami pun berlari2 mencari perlindungan di Balai Seni Lukis Negara.. alang2 dah berteduh tu, kami pun masuk la kedalamnya dan cuba berlakon untuk menjadi peminat seni. Konon nak menghayati lukisan2 abstrak dan menilai makna yang tersirat... tapi hampeh....

Sesungguhnya pada hari itu, barulah kami tahu bahawa kami ni memang tak reti nak menghargai seni. Apa yang saya nampak la...... lakaran yang dibuat dalam lecture masa kita ngantuk2 tu pun bernilai besar tau.. sebab apa? sebab saya ada nampak lukisan yang dipamerkan di situ ada yang nampak macam conteng2 jek.. setakat gitu, saya pun boleh wat =P astaghfirullah.. riak2.huh. tapi betul.. ada satu gambar tu siap diconteng kat belakang buku nota yang rupa macam resit.. bertuah contengan tu....... dapat ditayang di balai seni lukis negara..



bersantai dengan kakpah.

Tak puas hati sungguh kat dalam tu.. ada sebuah lukisan ni.. saya telek2 bagai nak rak.. ... ada dua batang batu yang duduk berjauhan.... pastu ada bayang2.. ni ala2 diterangi cahaya rembulan ler... saya pun meneka la tajuk dia iaitu kuburan... kalau bukan kuburan pun mesti ala2 gitu la jugak macam pusara ke, batu nisan ke, perjalan abadi ke... sad to say.. tu bukan tajuk dia. huh~ aku dah gagal da...... tajuk dia bintang, pasal kat atas tu ada bintang2 berkerlipan. ish! sungguh saya tak puas hati.

Seterusnya saya pun mula naik ke tingkat seterusnya.. penat mendaki lorong yang landai tuh.. kat ruangan seterusnya ni ada pameran arca.. saya memang tak puas hati... nape seni tak dapat dipisahkan dengan nafsu serakah manusia ek? ada la lukisan dan arca yang tak patut ditayangkan secara terang2 kat orang...... sebagai negara Islam,kita kenalah ambil kira suma ni. Apa salahnya kalau kita tak memisahkan agama dalam kehidupan seharian? saya cuma terfikir, tempat2 seperti ni mesti akan menjadi destinasi murid2 sekolah dalam program lawatan sambil belajar. Seandainya murid2 ni tengok gambar2 dan arca2 yang tak senonoh ni (betul, tak senonoh bukan tipu2), apa yang dowang akan fikir?tak seharusnya seni yang indah itu dicemari dengan unsur ni.. tengok saje cantingan batik.. indah bukan? tak ada pulak dicemari dengan figure2 yang tak bermoral kan...

Ok, dah terlebih emosi pulak.. tapi betul.. tak boleh ke kalu seni ni dibersihkan dari imej2 kotor? urm......... saya bukan orang seni.. tak leh nak kata apalah.

Keluar je dari situ, kami pun pergi pulak ke istana budaya. Tapi,bukan dapat masuk dalam pun.. sekadar ngambik gambar ke la.. best la jugak dok tangkap2 gambar..tangkap punya tangkap, tak sedar masa dah menghampiri jam 1 tengah hari.. makanya terpaksalah saya balik ke Damai.. sebab nanti jam 3 petang saya nak g Seremban pulak.

Kesimpulannya... program nak pergi tasik terbatal.. tetapi digantikan dengan lawatan sambil belajar.. Seronok la.

Kalau ada masa lagi, saya nak jelajah satu bangunan balai seni lukis tu.. tak sempat nak tengok suma tempat. .. bila la nak g lagi ni ek. urm.. Jom kekawan..


Biarkan Keyboard Berbicara =D

Tuesday, December 15, 2009

persahabatan dan dendam

METAFORA

Sekerat akar mampu kuhulur padamu
Di saat dikau terkapai dan kelemasan
Di arus hidup yang tinggal sejengkal cuma
Katamu kau tak bisa berenang ke sana

Engkaulah teman tanpa sangsi dan curiga
Setelah aku mendengar lirih ratapmu
Harumnya sekuntum melati di embunan pagi
Sewaktu kita melewati sebidang tanah perkebunan
Persahabatan

Tersasar aku di dalam mentafsir
Aksara jujur dan ketelusan yang terpamer di wajahmu
Terlalu naïf untuk ku fahami
Metafora puisi dusta dan personafikasi

Sukarnya untuk aku membuktikan
Kebenaran yang berpihak padaku
Kerna peluang langsung tiada padaku
Sedarlah aku erti senyuman
Ada dendam yang tidak pernah padam
Pada lirik matamu ada pedang tajam yang merejam
Ohh….

Terima kasih atas pengalaman itu
Mengajak aku kembali mengenal diri
Terpaksa lagi menyusuri jalan-jalan sepi
Masih bisakah kutemui sekuntum melati mewangi yang tidak berduri

Seseorang yang saya sayangi kata saya patut tujukan lagu ni pada dia: (METEFORA daripada NICE). Mungkin ada kekesalan pada bicaranya, atau mungkin masih ada dendam tersisa hatinya.. Tetapi, apa yang ingin saya tegaskan disini.. Walau sebanyak mana dendam itu, saya doakan agar angin kemafaan dapat memadamkannya.. Saya tahu kesalahan berada di pihak saya dan saya tak dapat menafikan apa yang saya lakukan. Kebenaran tidak berpihak pada saya..walaupun saya cuba unuk membuktikan saya tak bersalah.. hakikatnya memang saya telah melukai hatinya dan dia memang patut marah dan jika dia berdendam, itu bukan salah dia. Salah saya.. maafkan saya

Siapa dia?? benar2 menimbulkan persoalan. huh. OK, tak nak main teka-teki dah. Dia adalah seseorang yang bermakna pada saya, seorang yang saya kasihi dan cintai. Seseorang yang saya nak bina masa depan bersamanya.. InsyaALLAH

Sedih bukan? Bila tak mampu mengembirakan hati orang yang dikasihi. Ok, saya cakap secara general.. bukan spesifik kepada kekasih saje. Nanti ada pulak kang yang cakap hati kekasih je ke nak kena jaga, hati mak bapak gane?. Apapun, mak ayah tetap yang kedua selepas kasih kepada Allah. Cumanya dalam hal ni, sebagai manusia, saya tengah membicarakan mengenai hal ini, hal berkaitan hati dan perasaan. Sesungguhnya ruang2 di hati kecil saya ini terlalu luas.. terlalu banyak cinta yang saya tumpangkan.

Ok, berbalik kepasa cerita tadi.. Apa yang ingin saya sampaikan disini, saya tak menyimpan dendam atau apa-apa perasaan untuk menyalahkan dia atas apa yang terjadi. Tak baik berdendam.. saya pelik dengan orang yang berdendam nih..

Sesuatu keperitan bukan untuk dikongsi tetapi untuk dihapuskan. Ok, lagi sekali untuk dibetulkan. Saya tidak bermaksud melarang sesiapa untuk berkongsi perasaan itu.. itu adalah sesuatu yang baik dan sangat bagus. Luahkan perasaan itu kepada orang yang lain, ringankan bebanan yang dipikul.

So, apa yang salah? yang salahnya bila lahir perasaan dendam. Lantaran diri merasa keperitan itu, maka tidak adil andainya orang lain tidak merasa keperitan itu. Fuh, pendirian apakah itu? Sesugguhnya saya kurang memahami orang yang penuh dengan dendam di hatinya.. Sekali saya merasa keperitan, tak sanggup rasanya untuk membiarkan orang lain merasai keperitan itu.

Orang selalu mengatakan teman sejati adalah teman yang mampu hadir disaat susah dan senang.. yang mampu mengalirkan air mata bersama kita dikala kita bersedih, yang mampu berkongsi kegembiraan bersama.. ye.. semua orang mengharapkan teman yang sebegitu.. tetapi... berapa ramai pula yang mampu menjadi seperti itu? manusia suka meletakkan standard yang terlalu tinggi pada sesuatu perkara... yang pada akhirnya menyebabkan tiadanya kepuasaan dalam apa yang dilakukan.. FUH.. terasa berat entri kali ni.

Ini adalah realiti.. Jika standard ini berterusan dilabelkan dalam sesebuah persahabatan, maka tiadalah istilah teman sejati. Hakikatnya manusia itu sendiri yang hendak dilayan seperti orang lain mempunyai kuasa psikik yang dapat mentafsir apa yang berada di dalam fikiranya. Perlu diingatkan disini, tidak semua orang terlalu pandai untuk mentafsir apa yang ada di hati orang lain. Salah seorang dari orang itu adalah saya.. saya tak mampu membaca maksud tersirat disebalik yang tersurat andainya dizahirkan secara berlapik-lapik. Plz straight to the point. saya seorang yang lurus.. apa yang dikata, itulah yang saya percaya.. Ok, saya faham kalau itu yang membuatkan kualiti saya sebagai seorang teman berkurang =(

Cuba kita lupakan apa yang patut orang berikan kepada kita, tetapi renungkan apa yang kita mampu berikan kepada orang lain. Insyaallah kita akan jadi seorang yang terlalu bahagia.. kerana kita tidak perlu bersusah payah memaki hamun orang yang melakukan kesalahan , tak perlu pening akibat peningkatan tekanan darah yang naik lantaran kemarahan, sebaliknya kita akan menghulurkan sebuah kemafaan pada hal itu. Bukankah pemaaf itu adalah sikap yang mulia? setuju?

Bagi saya nilai dalam persahabatan adalah berapa banyak yang kita mampu memberi kepada seorang sahabat, bukan sebanyak mana yang mampu sahabat berikan kepada kita. Sebelum kita harapkan orang lain mengasihi kita, renung kembali adakah kita mampu mengasihi orang lain..

Ok, apa yang saya bebelkan ni? dari tadi lagi... mula2 cerita pasal lagu, lepastu masuk bab dendam kemudian pasal kawan pulak.. Ok, ini semuah adalah pasal lagu tu la...

Memang sedap lirik lagu tu.. menceritakan mengenai kawan yang pernah menjadi sahabat sejati, yang ditolongi dengan penuh keikhlasan namun lantaran sesuatu, sedikit sebanyak keikhlasan itu tergoyah.. sehingga apa yang pernah dilakukan suatu masa dahulu terbayang diruang mata. berkabung atas kehilangan nilai sebuah persahabatan.. mungkin terlalu berat apa yang dilakukan oleh sahabat itu..

Namun, dia masih mengharapkan sahabat itu untuk kembali, sebagai melati yang mewangi, yang tidak lagi berduri. Jelas disini, manusia tak mampu bersendiri.. sahabat adalah penyeri dalam kesepian.


Biarkan Keyboard Berbicara =)

Buat Teman, Dari Dia

Cuti masih bersisa SATU MINGGU, namun dia sudah berada di Kuala Lumpur, berusaha menyiapkan research final year. Begitulah pengorbanan dalam menuntut ilmu..

Sesungguhnya hamba Allah ini adalah seorang yang sangat kedekut dengan cuti, sangat berkira kalau ada apa2 time cuti. Jika ditawarkan apa program sekalipun dia akan menolak untuk turut serta andai ia berada dalam lingkungan waktu cuti.. Kenapa? sebab dia jarang dapat menghabiskan masa bersama keluarga di kampung. Rindu saat2 itu.

Dia mula meninggalkan keluarga ketika berumur 16 tahun untuk menuntut ilmu di negeri yang terkenal dengan pendaratan penyu untuk bertelur. Tempat itu terlalu jauh bagi kanak2 kecil yang membesar di negeri Cik Siti Wan Kembang itu..selama ini dia tidak pernah terpisah dengan keluarga. Namun, dalam mencari kelastarian hidup, dia terpaksa. Di sana, dia menemui sinar baru dalam hidupnya. Ketenangn mula dirasai.. ejekan dan cemuhan terhadap fizikalnya mula senyap.. dia mula membina keyakinan diri dan sedikit sebanyak hidupnya mula dilimpahi sinar ketenangan dan kebahagian. Alhamdulillah.. itulah kalimah yang mampu dia ucapkan tatkala semua kenangan indah disana terlakar di ruang mata.. Istighfar, itulah yang selalu bermain di bibir apabila mengenang saat dia mula menginjak alam remaja.Penuh dengan kemaksiatan lantaran kejahilan diri.

Sesungguhnya bumi Terengganu akan sentiasa disanjung kerana disitulah dirinya yang baru dilahirkan. Di sana juga dia menemui teman yang sentiasa bersama denganya sehingga kini. teman yang sangat disayangi dan dihormati.. Alhamdulillah.. semoga persahabatan ini berkekalan sehingga ke syurga. Sungguh besar apa yang dilakukan teman itu sepanjang persahabatan yang terjalin. tidak mampu untuk dia membalas jasa teman tersebut. Semoga syurga tertinggi menjadi persemadianmu wahai teman.. ameen..

Setelah menamatkan pengajian peringkat menengah, dia merantau pula ke selatan tanah air.. mencari pengalaman,menimba pengetahuan dan memburu wang ringgit. Kerja Kilang.. ramai yang memandang rendah terhadap pekerjaan ini.. sebab kata mereka orang yang kerja kilang tak bergerak mindanya, orang kerja kilang kurang cerdik otaknya.. wah, sedap mulut mengata, OPS!... walau apapun, itu terpulang bagaimana untuk kamu tafsirkanya.. Setiap orang ada pandangan tersendiri mengenai sesuatu perkara. Tetapi bagi dia, tak kisahlah kerja apapun, yang penting halal. Insyaallah Allah akan redha. Bukan dia tak belajar apa2 kat sana.. banyak yang dia dapat. Di sana dia lebih banyak memerhati berbanding bercakap.Selama ni pun dia memang pendiam aper.. =P

Berkenalan dengan pekerja2 asing Indonesia benar2 merupakan pengalaman yang beharga. Terlalu banyak kisah suka duka yang dikutip.. tak semua orang bernasib baik untuk menjalani kehidupan yang senang.. dan tak ramai jugak yang bernasib baik dikurniakan kesedaran dan keupayaan untuk keluar daripada kesusahan itu.. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada dan berusahalah untuk meperbaiki diri.

Ok, seterusnya dia dapat melanjutkan pelajaran di utara tanah air pulak.. kat sini jugak merupakan antara saat2 indah dalam dalam hidupnya. Setahun yang sukar menjadi mudah kerana dorongan yang diberikan oleh teman tadi. memang tiada kata2 yang dilontarkan oleh teman itu, tetapi perbuatan yang dilakukan cukup untuk membuktikan kasih sayangnya kepada dia. Teman itu juga mempunyai peribadi dan akhlak terpuji.. tidak hairanlah mengapa dia menyanjungi teman itu.


Saat yang sukar dalam hidup cukup dirasai apabila dia terpisah dengan teman tadi.. sukar untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran dan suasana baru di Kuala Lumpur. Namun, Alhamdulillah kerana sehingga saat ini dia masih lagi bertahan. Masih lagi dikurniakan kekuatan untuk meneruskan perjalanan kehidupan.

itu hanyalah secebis daripada kehidupan dia.. Dia tak puas hati sebab entri yang berbaur tak puas hati terhadap penyalahgunaan cuti telah bertukar menjadi entri penghargaan buat teman. tapi dia jugak sangat puas hati sebab dapat menulis entri ni.. untuk menyatakan kepada teman tersebut bertapa teman itu bernilai dalam hidupnya.

Biarkan keyboard berbicara =)